Selasa, 28 Februari 2012

ZAID KE ASRAMA KOLEJ VOKASIONAL SHAH ALAM

Assalammualaikum...

Alhamdulillah..aku gembira sangat bila dapat hantar Zaid ke Asrama. Zaid akan mulakan hidup dan belajar di Asrama dengan lebih berdisiplin, tapi aku tahu, Zaid memang seorang anak yang tertib dan kemas dan tersusun orangnya, terbukti bila aku melawat dia di Asrama, katil dan baju di almarinya tersusun kemas. Alhamdulillah..Alhamdulillah....aku berdoa semoga semua anak-anak ku akan hidup berdisiplin, yang paling utama solat lima waktu jangan ditinggalkan. setiap hari selepas Zaid ke Asrama , dia akan menaliponku pada waktu subuh seawal jam 5.45 pagi bertanyakan kabar dan memberitahu aku yang dia akan menunaikan solat subuh berjemaah... Alhamdulillah...pilihan aku memang tepat bila menghantarnya ke Asrama tu. semoga terus berjaya dan sukses mama doakan semua anak-anak mama.i love you .... i love all of you.

2015 - ZAID punya 2 sem lagi untuk tamat belajar di Kolej ini. Alhamdulillah zaid merupakan pelajar perintis untuk program diploma dari kolej Vokasional yang mana sebelum ini kolej ini merupakan sekolah teknik dan telah dinaik taraf menjadi kolej, walaupun pada mulanya keputusan aku untuk menempatkan zaid di kolej ini mendapat tentangan dari pelbagai pihak..lebih-lebih lagi di momokkan dengan mengatakan bahawa pelajar perintis ini tidak mempunyai masa depan kerana tidak menduduki peperiksaan SPM namun aku menaruh kepercayaan yang penuh kepada Kementerian Pelajaran kerana agak mustahil Kementerian memperkenalkan program yang sia-sia dan merugikan pelajar dan rakyat. zaid telah lulus  dan mencapai gred yang dikehendaki dan telah melayakkan dia terus ke program diploma. Alhamdulillah bersyukur sungguh aku..apakan tidaknya..jika zaid masuk universiti tentu memerlukan belanja yang tinggi malah munkin akan membuat pinjaman..namun setakat ini..semua di tanggung oleh pihak kementerian ..jika aku tidak silap..kerana zaid tak pernah minta apa-apa yuran untuk bayaran pengajian...insyaAllah lagi 2 sem..zaid akan tamat belajar. pada semua yang baca blog ni doakan zaid berjaya
bukan sahaja dalam pelajaran..malah berjaya dunia dan akhirat..aminnn..